Buah mangga sangat kaya dengan Vitamin C dan banyak manfaatnya untuk kesihatan. Tapi, CikDyg bukan nak cerita pasai buah mangga, CikDyg nak share denagn hampa alkisah daunnya untuk manfaat kesihatan.

MENGURANGKAN BATUK DAN DEMAM

Cukup dengan sekadar minum air rebusan daun mangga, masalah batuk dan demam akan berkurang sedikit.

MENGATASI DIABETES

Kandungan zat tanin dan antocyanin di dalam daun mangga sangat baik untuk mengatasi diabetes pada tahap awal. Caranya- rendamkan daun mangga dalam air semalaman. Kemudian tapis dan minum.

MEMBANTU MASALAH PERNAFASAN

Pencemaran udara akan mengurangkan kualiti udara yang kita hirup. Hal ini akan menjadi masalah untuk orang yang menghidapi bronchitis dan asthma. Daun mangga sangat efektif untuk mengurangkan masalah pernafasan. Caranya- rebus daun mangga Bersama sedikit madu, minum Ketika masih panas.

MERAWAT LUK A TERBAKAR

Selain merawat dari dalaman, daun mangga juga boleh digunakan pada luka luaran. Caranya-Hancurkan daun mangga yang masih segar kemudian lumurkan pada luka terbakar. InsyaAllah, luka akan cepat sembuh.

SEBAGAI TONIK PERUT

Sebarang masalah berkaitan dengan perut boleh dirawat dengan meminum ain rebusan daun mangga. Caranya- Rebus daun mangga semalaman dan minum ketika perut masih kosong.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Salah satu cara yang boleh digunanapakai untuk menstabilkan kestabilan tekanan darah ialah dengan meminum air daun mangga secara rutin. Khasiat dari daun mangga dapat membantu menguatkan pembuluh darah di samping turut merawat masalah saraf.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top