Kuih Boom @ Onde-Onde

Lembut yakmatt. Dari pagi sampai petang sampai esok pon lembut tau. Jangan lupa try! Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)

  • 200g tepung pulut
  • 30g tepung ubi
  • 200g @ 200ml air
  • 100g gula

(Bahan B)

  • 80g wheat starch dibancuh dengan 100g @ 100ml air panas mendidih

(Bahan C)

  • 60g shortening

(Inti)

  • Ikut suka hampa nak guna inti apa. Kacang merah boleh, kacang hijau atau kelapa pun boleh.

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, kacau sebati bahan A.
  2. Lepas tu, kacau sebati bersama bahan B sampai jadi doh.
  3. Masukkan pula shortening dan kacau sebati.
  4. Kemudian, bentukkan doh jadi bulat comey-comey dan letak inti.
  5. Terus golekkan kuih bom tu dalam adunan bijan (bijan hitam campur bijan putih).
  6. Jangan terus goreng tau kuih bom yang dah siap dimasukkan inti. Kalau terus goreng, kuih bom akan mengelembung dan pecah, jadi tak cantik dan tak garing.
  7. Last sekali, hampa goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit pertama.
  8. Kemudian baru besarkan api sambil kacau golek-golek kuih bom tu.
  9. Goreng hingga warna dia agak kekuningan. Jangan lama-lama tau, nanti ‘meletup’ dan keluar inti.

TIPS

  • Kalau hampa buat waktu malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng waktu pagi esoknya.
  • Kalau nak makan petang, hampa buat waktu pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya untuk bijan melekat dengan cantik pada kuih bom.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top