Bagi yang baru pertama kali nak cuba buat kek dan biskut, jom CikDyg kongsikan dengan anda tips berguna yang boleh buat anda jadi pro!

1. BACA RESEPI DENGAN TELITI

Pastikan sebelum mula, baca resepi sampai habis termasuk tips-tips penting supaya anda tak terlepas mana-mana step penting dan anda betul-betul faham dengan apa yang perlu anda buat. Kalau tak, nanti dah mula mem-baking jadi kalut pula bila ada bahan yang tak cukup atau tak faham nak kena buat apa.

2. SEDIAKAN BAHAN & PERALATAN LENGKAP

3. JANGAN OVER MIX

Mesti ada yang ingat, “kalau mix bahan lama-lama, lagi sebati kan?” Oh, tidak! Anda hanya perlu kacau secukupnya sahaja sehingga sebati, terutama sekali pada step campurkan bahan kering pada adunan basah. Apa jadi kalau terlebih mengadun? Kandungan udara yang terperangkap dalam adunan akan keluar dan akan menghasilkan kek yang mendap.

4. SEDIAKAN LOYANG SUPAYA TAK MELEKAT

Anda perlu gris loyang pembakar dengan marjerin atau cooking spray terlebih dahulu supaya kek, biskut ataupun pastri anda nanti tak melekat selepas dibakar. Ataupun, boleh juga lapikkan dengan parchment paper.

5. JANGAN TUANG ADUNAN KEK SAMPAI PENUH

Adunan anda memerlukan ruang untuk mengembang dan naik apabila dibakar. Kalau anda isi adunan kek ataupun muffin sampai penuh, kek dan muffin anda akan melimpah ketika berada dalam oven.

6. SENTIASA PRE-HEAT OVEN SEBELUM MEMBAKAR

Masa dan suhu membakar adalah aspek penting yang akan menentukan hasil kek ataupun biskut anda nanti. Oven mengambil masa 10-15 minit untuk panas sepenuhnya. Kalau tak pre-heat dulu, adunan anda akan dibakar pada suhu yang rendah untuk 10-15 minit yang pertama dan ini akan mengganggu proses adunan anda untuk masak mengikut masa yang ditetapkan.

7. PEKA DENGAN MASA MEMBAKAR

8. JANGAN KERAP BUKA PINTU OVEN

Proses kek yang tengah naik dan mengembang akan terganggu kalau anda buka pintu oven sebelum tempoh waktu yang ditetapkan. Suhu oven akan turun setiap kali anda buka pintunya, nanti kek akan jadi mendap dan bantat.

9. SEJUKKAN KEK

Mengeluarkan kek dari loyang terlalu cepat atau terlalu lambat boleh memberi kesan pada tekstur dan rupa kek anda nanti. Seeloknya biarkan sekejap di dalam loyang, kemudian baru alihkan ke atas radai kek.

SEMOGA BERMANFAAT! Kek tak jadi tu perkara biasa bagi yang baru nak mula belajar, yang peting kena kaji & belajar silap kat mana dan cuba lagi sampai berjaya. Memasak dan baking juga memerlukan ilmu dan kemahiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *