KERABU SOTONG

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi Kerabu Sotong confirm terangat baq hiangg. Hehe

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong 10 ekor dipotong bulat
  • 1 biji bawang besar potong halus
  • 1 batang serai mayang halus
  • 1 biji tomato potong halus
  • 10 biji cili padi dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan potong halus
  • Daun ketumbar
  • Asam limau 1 biji
  • Sos ikan 2-3 sudu besar
  • Garam dan gula

CARA-CARA:

  1. Mula-mula hampa rebus sotong yang dah dipotong bersama sedikit garam sehingga mendidih. Jangan rebus lama-lama nah, nanti sotong jadi liat.
  2. Bila dah mendidih, tos dan ketepikan.
  3. Dalam satu mangkuk, hampa satukan bawang besaq, serai, tomato, cili padi, dan bunga kantan.
  4. Perah ayaq limau nipis dan masukkan gula secukup rasa.
  5. Kemudian, hampa goi-goi (gaul) dan ramas kesemua bahan dalam mangkuk tu dengan tangan sampai keluaq ayaq dari bahan-bahan tadi. Kalau nak guna sudu pun boleh, tapi guna tangan lagi sedap… rasa ayaq tangan gituu.
  6. Akhir sekali, masukkan sos ikan, sotong, daun ketumbar. Kacau rata. Siap dah!

TIPS

Untuk hilangkan bau hanyir sotong: selepas siang dan potong, hampa ramas-ramas dulu sotong tu dengan limau nipis nah. Lepas tu baru rebus.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top