Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cantik dak agaq2-agaq CikDyg? Sedap cek oii. Lemak2 dari agar-agar hijau tu digabungkan dengan manis-manis gula merah rasa macam makan cendoi pon ada. Sejuk-sejuk lalu kot anak tekak ni. Adududu setengah bekas CikDyg sorang makan. Hehe. Bahan buat agaq-agaq ni pon mudah yakmat. Tak guna banyak bahan. Nak buat pon senang ja tak payah dok tunggu berjam-jam. So sapa yang nak try buat, kat bawah ni cikdyg share resepi mudah.

BAHAN A:

  • 5gram Serbuk Agar-Agar
  • 250gram susu Fresh Cream/Santan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pandan emulco

CARANYA:

  1. Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
  3. Bila agar-agar dah keras, potong kiub kecil-kecil dan ketepikan.

BAHAN B:

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 500 ml air
  • 90 gram gula merah
  • Daun pandan
  • 1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 5 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan.

CARANYA:

  1. Masak air, serbuk agar-agar, daun pandan dan gula merah sehingga hancur dan mendidih.
  2. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard. Masak hingga mendidih.
  3. Tuang ke dalam loyang.
  4. Kemudian, masukkan agar-agar yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar-agar B.
  5. Sejukkan dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab