ALMOND CONGO BAR #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Rasa yang sedap & memikat hati. Yang penting, congo bar ni kurang manis tau. Ada yang dah cuba ka? Jom
CikDyg kongsikan resepi nya dengan hampa.

BAHAN-BAHAN:

  • 315 g tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil garam
  • 150 g butter (suhu bilik)
  • 220 g gula perang
  • 4 biji telur Gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ½ cawan chocolate cip
  • Sedikit chocolate coins (sebagai hiasan)
  • ½ cawan kepingan badam (sebagai topping)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa kacau butter bagi larut, kemudian masukkan gula.
  2. Lepas tu, masukkan telur satu per satu sambil kacau rata adunan.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan supaya tepung tak berketui.
  4. Bila adunan dah sebati, tuang coklat cip & almond. Almond tu tak perlu panggang dulu nah.
  5. Dah sebati semua bahan, hampa tuang adunan ke dalam loyang 10×10 dan ratakan. Loyang tu dah sapu butter sikit & alas dengan baking paper dulu nah. Kalau tak alas sat lagi berderai pulak cango bar tu.
  6. Taboq chocolate coin dan almond cincang sebagai hiasan di lapisan atas mengikut citarasa hampa.
  7. Bakaq pada suhu 160°C selama 40 minit atau 170°C selama 30 minit dengan api atas bawah. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab