ASAM PEDAS IKAN PARI #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak kongsi dengan hampa cara buat Asam Pedas yang sangat mudah dan simple bangett. Wajib membuatkan hampa makan bertambah².

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan pari (dibelah ikut suka hati)
  • Serai 2 batang diketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Sedikit belacan
  • Asam jawa (diperah dengan air)
  • Sedikit belacan
  • Daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan

(Bahan tumisan)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas (tak letak pon takpa)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, tumis serai bagi naik bau.
  2. Lepas tu, masukkan bahan tumisan & masak sampai garing sikit.
  3. Agak-agak bahan tumisan tu dah nak garing, hampa masukkan cili kisar & tumis sampai pecah minyak.
  4. Seterusnya, hampa masukkan sedikit belacan, ayaq asam jawa & bunga kantan.
  5. Bila hampa nampak kuah dah mendidih, hampa masukkan ikan pari.
  6. Last sekali, hampa masukkan daun kesum & perasakan dengan garam & gula secukupnya.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab