AYAM MASAK LEMAK CILI PADI #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi ayam masak lemak cili padi paling mudah #CaraCikDyg

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ayam (potong sesuai selera, bersihkan & toskan)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 biji kentang (kupas, potong setiap satu menjadi 4 bahagian & rendam)
  • ½ kotak santan segera
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • 3 helai daun limau purut (tak letak pun buleh)
  • gula & garam secukupnya

(Bahan Kisar Halus)

  • 15 biji cili padi kampung
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, panaskan kuali & masukkan ayam sekali dengan bahan yang dikisar. Hampa tomeh (tumis) tomeh sampai naik bau.
  2. Masukkan serai, daun limau purut & daun kunyit.
  3. Bila dah mendidih, masukkan ayaq ikut kepekatan kuah yang hampa mau.
  4. Seterusnya, masukkan asam gelugor.
  5. Bila hampa nampak kuah tu dah mendidih, slow kan api & masukkan santan.
  6. Kacau bagi lama sikit, lepas tu buleh dah masukkan kentang.
  7. Perasakan kuah tu dengan garam & gula secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab