Mai CikDyg nak share dengan hampa cara nak tukaq sukatan gram convert kepada sukatan cawan. Senang sikit yang nak ikut resepi CikDyg dok tunjuk live yang guna gram tu.
Tapi kan habaq mai sesiap tau. Pasai sukatan cawan ni tak berapa nak tepat sangat berbanding kita guna sukatan gram.
Sukatan yang dikongsikan kat bawah ni lebih kurang saja tau. Bolehla jadikan sebagai panduan untuk memudahkan hampa yang takdak penimbang kat rumah.
1. SUKATAN TEPUNG
45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 cawan
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan
10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar
2. SUKATAN GULA
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan
10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
3. SUKATAN MENTEGA
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan
10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
4. SUKATAN CECAIR
50 ml = 1/4 cawan
125 ml = 1/2 cawan
180 ml = 3/4 cawan
250 ml = 1 cawan
1000 ml @ 1 liter = 4 cawan (1 Quart)
SEMOGA BERMANFAAT!