BERSIHKAN “KAIN BURUK” TANPA PELUNTUR

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Setiap dapur wajib ada kain pengelap, betui dak? Ala yg kita dok panggil kain buruk tu. Kain takdak la buruk mana, tapi bila dok guna untuk mengelap tu automatic orang panggil kain buruk. Sapa kat sini kain buruk dia biaq sampai rupa belacan? Haa mengaku cepat.

Kain buruk ni perlu dibersihkan selalu, kalau tak..akan jadi tempat kumpul bakteria. Biasanya kain buruk ni memang susah nak dibersihkan betul-betul kalau guna sabun biasa. Ramai orang guna peluntur, memang confirm akan bersih. Tapi masalah nya pula, peluntur akan menyebabkan kain buruk hampa cepat reput, koyak, warna pun makin pudar.

Jom CikDyg nak share degan hampa alternatif lain untuk bersihkan kain buruk sampai bersih macam kain baru gituu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ayaq panas
  • 2 sudu besar soda bikarbonat
  • ½ cawan cuka
  • Kain buruk

CARA-CARA:

  1. Campurkan soda bikarbonat dan cuka di dalam mangkuk berisi ayaq panas.
  2. Kacau-kacau sikit bagi sebati.
  3. Lepas tu, rendam kain buruk hampa semalaman.
  4. Kemudian, bilas dengan ayaq bersih dan jemur sampai kering. InsyaAllah kain buruk hampa dah tak buruk lagi dah lepas ni. Hehe

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab