Sama, tapi tak serupa. Bagi yang dah biasa di dapur, mesti tak susah nak bezakan kedua bahan ni. Tapi bagi yang baru nak belajar masak, ataupun ketua keluarga yang nak kena beli barang sendirian di musim PKP ni, mesti akan tertukar yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas.

Kedua-duanya digunakan sebagai bahan tumisan kerana ia memberikan aroma kepada masakan anda. Walaupun mempunyai fizikal yang sama, fungsi nya berbeza tau. Jom CikDyg nak share cara kenalpasti halia dan juga lengkuas.

HALIA

  • Kulit berwarna coklat kekuningan, atau coklat lembut
  • Tekstur kulitnya agak lembut
  • Tekstur isi juga lembut, tapi berserabut
  • Aromanya sedikit manis berbanding lengkuas
  • Mempunyai rasa pedas panas yang lembut
  • Sekiranya digunakan dalm masakan, boleh dimakan sekali
  • Digunakan secara meluas dalam masakan, minuman, dan kuih-muih
  •  Juga sering digunakan sebagai bahan utama dalam ubat-ubatan tradisional
  • Berwarna coklat yang sedikit gelap berbanding halia
  • Mempunyai rerambut pada ruasnya
  • Garisan ruas lebih jelas berbanding halia
  • Tekstur kulit yang keras
  • Aroma nya hampir sama dengan halia, tetapi mempunyai sedikit aroma citrus
  • Rasanya lebih pedas panas daripada halia
  • Tidak sesuai dimakan kerana tekstur isi nya keras
  • Lengkuas lebih digunakan dalam masakan Asia yang pedas dan bersifat panas seperti rendang dan tomyam
  • Boleh dihiris dan digunakan di dalam petua-petua tradisional

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top