3bulan ja lagi dah nak raya. Mesti pakat dah belek-belek resepi biskut/kuih raya kan? Jom CikDyg nak share dengan hampa sedikit info tentang perbezaan dua jenis tepung ni yang selalu sangat orang dok keliru bila nak buat biskut.

TEPUNG CAP ROS

  • Tepung ni juga dikenali sebagai tepung gandum serbaguna (all purpose flour).
  • Tepung cap ros ialah campuran pelbagai jenis tepung gandum.
  • Tepung ni sesuai untuk sebarang jenis masakan. Biasa orang guna untuk menggoreng (pisang, keledek, dan sebagainya) kek, serta kuih-muih.
  • Harganya lebih murah.

TEPUNG RED ROSE

  • Tepung red rose juga dikenali sebagai tepung cookies/ tepung biskut/ tepung top.
  • Tepung ni biasanya di pack semula dan dijual di kedai-kedai bakeri
  • Tekstur tepung ni halus dan ringan, macam self-raising flour. Tapi dia tak ada bahan penaik macam self-raising flour tau.
  • Kandungan tepung red rose dah ditambah tepung jagung dan juga bahan perangup biskut. Kalau hampa nak guna dalam resepi yang dah ada tepung jagung, tak perlu kurangkan sukatan tepung jagung, sebab tepung jagung yang ada dalam tepung red rose ni tak banyak pun.
  • Biasa orang guna tepung ni untuk buat biskut. Biskut hampa akan jadi lebih berkualiti, rangup, ringan, dan tahan lama berbanding biskut-biskut yang guna tepung gandum biasa.
  • Harga dia mahal sedikit berbanding tepung cap ros.
Nanti nak buat biskut raya, boleh la hampa guna tepung red rose ni.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top