BIHUN GORENG DAGING #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi bihun goreng daging yang super simple tapi sedap. Menambah ceq oi. Jangan lupa try!

BAHAN-BAHAN:

  • 250 g daging direbus potong nipis
  • 1 bungkus bihun (direndam)
  • Carrot
  • Baby kailan
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu @ ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos sotong
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit lada hitam
  • Kicap
  • Gula dan garam

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang besaq sampai naik bau.
  2. Lepas tu, masukkan cili kisar & tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging sekali dengan air rebusan daging. Masak sampai air daging tu kering sikit.
  4. Letakkan sos tomato, sos ikan, sos sotong, sos tiram, lada hitam, & kicap secukupnya.
  5. Seterusnya, masukkan batang sayur baby kailan & masak sampai lembut.
  6. Masukkan gula secukup rasa, dan masukkan carrot.
  7. Dah sebati semua bahan, perlahankan api & masukkan bihun. Gaul sampai berpalut semua bahan pada bihun tu.
  8. Lepas tu, masukkan sedikit minyak bijan & masukkan pula daun sayur baby kailan.
  9. Goreng bihun sampai keluar wap, supaya bihun tak cepat basi. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab