Jom CikDyg ajaq hampa cara buat Biji Delima yang tak liat macam seliper jepun. Pekena pulak masa tengah hangat lit-lit ni, memang layan cek oii.

CikDyg kalau pi kedai makan siam tu, mesti order dessert ni. Alaaa yang ada biji-biji kaler merah bila makan liat² tu. Sedappppp sungguh, bergojet² anak tekak ni bila boleh makan.

Bahan yang mudah dan senang, tak payah dok buat pening kepala. Step by step cikdyg tunjuk bagi hampa paham. Harap² paham la noh.

BAHAN-BAHAN:

  • Sengkuang cina (takdak sengkuang cina, boleh guna sengkuang biasa)
  • Tepung ubi
  • Pewarna (CikDyg guna sirap rose)

CARA-CARA:

1. Potong sengkuang bentuk dadu.
Kemudian, tuangkan pewarna atau sirap dalam 1-2 camca. Kalau tak suka warna ni, boleh letak hijau ka oren ka ikut suka hampa.
2. Kacau sebati. Pastikan semua terkena warna, supaya dia cantik menarik tertarik.
3. Sediakan tepung ubi, tuang la dalam setangah cawan dulu. Buat sikit-sikit.
4. Masukkan sengkuang yang disalut pewarna dan gaul sampai sebati. Biaq jadi puteh melepak macam pakai bedak.
5. Haaa tudiaaa, ni selepas dibedakkan. Nampak sebijik². Kalau bercantum melekat, hampa asingkan sampai jadi sebiji-biji. Kemudian tapis, buang baki tepung.
6. Dalam periuk, hampa didihkan ayaq dan daun pandan.
7. Sementara nak tunggu ayaq mendidih, sediakan satu besen yang berisi ais ketoi dan ayaq sejuk.
8. Tuangkan sengkuang ke dalam periuk. Masuk sikit-sikit noh, satgi dia melekat. Buat 2-3 kali rebusan.
9. Nak tau sengkuang dah masak ka belum, tengok bila sengkuang timbui kat bahagian atas maksudnya dia dah masak. Yang tenggelam tu tak masak lagi.
10. Cedok sengkuang guna penapis dan terus tuang dalam bekas ais yang disediakan. Siap untuk dimakan.
Tadaaaa. Hasil selepas siap. Boleh buat guna kuah santan ataupun dessert mudah macam ni. Tambah longan, laici, buah nau, biji selasih terpulang nak tambah apa. Kemudian letak biji delima, letak ais ketoi, letak dalam mulut. Tengok apa yang jadi. Haha

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top