Mai CikDyg share dengan hampa cara buat biskut rainbow flower atau biskut lidah kucing tanpa menggunakan acuan. Mudah jerr dengan #CaraCikDyg

  BAHAN-BAHAN:

  • 250g @ ½ ketul butter
  • 150g gula icing
  • 100g @ 3-4 biji putih telur gred A
  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • ¼ sudu teh emplex
  • Pewarna kesukaan

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa putaq butter sampai lembut, agak-agak dalam 5minit lagu tu.
  2. Bila butter dah lembut dan warna dia dah bertukar keputih-putihan, putaq lagi sikit dan kemudian masukkan putih telur. CikDyg hanya guna putih telur saja supaya tekstur biskut nanti jadi rangup. Kalau masukkan kuning telur sekali, biskut hampa akan jadi gebu dan tak rangup.
  3. Putaq sampai betui-betui kembang dan gebu tau, lepas tu hampa masukkan emplex. Putaq lagi sikit.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau sampai sebati dan sekata.
  5. Hampa bahagikan adunan ikut berapa banyak warna yang hampa nak. CikDyg guna 6 warna: Biru, Hijau, Ungu, Merah, Oren, Kuning. Bahagikan 150 gram doh tadi, masukkan setiap satu pewarna untuk satu adunan dan kacau rata.
  6. Tuang setiap adunan dengan warna yang berlainan ke dalam piping bag yang berasingan.
  7. Paipkan adunan atas dulang pembakar. Ikut suka hampa nak paipkan bentuk bunga tu ada 6 kelopak ka, 7 kelopak ka…terpulang pada citarasa masing-masing.
Jarak-jarakkan setiap biskut masa hampa paip tu sebab nanti dia akan kembang selepas dibakar. Hampa jangan buat tebai-tebai nah, biskut ni orang buat nipis ja supaya dia crispy.

8. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150°C selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing), api atas bawah. Siap!

Kalau hampa nak buat juai, harga cadangan ialah RM 18 untuk 50 keping biskut. Kalau hampa guna pure butter, boleh up harga sehingga RM 20.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top