Jom layan Buah Melaka #CaraCikDyg yang meletop letop dalam mulut. Yang bestnya tak tercekik bila makan. Sedap baq hiang. Guna gula nisangg ori, nak guna gula melaka pon boleh.
BAHAN-BAHAN:
- Tepung pulut 2cawan
- Tepung gandum 2sudu besar
- 1cawan air
- Daun pandan
- Gula kerek/melaka/nisan
- Sedikit garam
- Kelapa parut
CARA-CARA:
- Mula-mula, hampa blend ayaq dengan daun pandan sampia lumat.
- Tapis ayaq daun pandan tersebut dan buang hampas yang tak hancoq.
- Masukkan sedikit garam ke dalam ayaq daun pandan tadi supaya buah melaka hampa ada rasa lemak-lemak.
- Masukkan tepung pulut, dan gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum sikit dan kacau rata. Kalau adunan hampa keras, boleh tambah ayaq sikit lagi.
- Nak cantikkan lagi warna buah melaka, hampa boleh tambah pewarna/perisa pandan.
- Betukkan adunan bulat-bulat kecil, mengikut saiz yang hampa mau dan letakkan gula nisan di tengah. Saiz gula nisan tu terpulang pada hampa la nak manis tara mana.
- Masak buah melaka hampa dalam ayaq mendidih.
- Nak tau dia dah masak ka belum, dia akan terapung. Jangan masak lama sangat nah, nanti gula kat dalam pecah.
- Bila dah masak, hampa angkat dan teruih goi goi (kacau) dengan nyok yang dah dicampoq dengan sedikit garam. Siap!
SELAMAT MENCUBA!