Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom layan Buah Melaka #CaraCikDyg yang meletop letop dalam mulut. Yang bestnya tak tercekik bila makan. Sedap baq hiang. Guna gula nisangg ori, nak guna gula melaka pon boleh.

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung pulut 2cawan
  • Tepung gandum 2sudu besar
  • 1cawan air
  • Daun pandan
  • Gula kerek/melaka/nisan
  • Sedikit garam
  • Kelapa parut

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa blend ayaq dengan daun pandan sampia lumat.
  2. Tapis ayaq daun pandan tersebut dan buang hampas yang tak hancoq.
  3. Masukkan sedikit garam ke dalam ayaq daun pandan tadi supaya buah melaka hampa ada rasa lemak-lemak.
  4. Masukkan tepung pulut, dan gaul sebati.
  5. Masukkan tepung gandum sikit dan kacau rata. Kalau adunan hampa keras, boleh tambah ayaq sikit lagi.
  6. Nak cantikkan lagi warna buah melaka, hampa boleh tambah pewarna/perisa pandan.
  7. Betukkan adunan bulat-bulat kecil, mengikut saiz yang hampa mau dan letakkan gula nisan di tengah. Saiz gula nisan tu terpulang pada hampa la nak manis tara mana.
  8. Masak buah melaka hampa dalam ayaq mendidih.
  9. Nak tau dia dah masak ka belum, dia akan terapung. Jangan masak lama sangat nah, nanti gula kat dalam pecah.
  10. Bila dah masak, hampa angkat dan teruih goi goi (kacau) dengan nyok yang dah dicampoq dengan sedikit garam. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab