BUBUR KACANG HIJAU SAGO #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom layan Bubur Kacang Hijau Sago yang super duper sedap lemak berkrim. Cicah dengan roti pon boleh aihhhh. Layannnnn

BAHAN-BAHAN:

  • 250 g kacang hijau (dibasuh)
  • ½ cawan gula perang
  • 1 ketul gula Melaka (anggaran 200 g)
  • 4 cawan air
  • ½ kotak santan
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan sago (dibasuh & direndam sehingga kembang, kemudian ditoskan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa rebus kacang hijau dengan daun pandan sampai kembang, lebih kurang 15 minit lagu tu.
  2. Biaq mendidih sikit, lepas tu hampa masukkan sago dia biaq dia kembang.
  3. Hampa masukkan gula melaka, dan kacau slow-slow sampai gula tu larut nah.
  4. Lepas dah sebati semua bahan, hampa masukkan santan dan susu cayaq.
  5. Last sekali, perasakan dengan garam dan gula perang. Hampa ejas kemanisan dan rasa lemak masin buboq tu ikut citarasa hampa nah.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab