Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg ajaq hampa cara nak buat kek yang wangi lembut gebu dan super moist. Resepi Marble Butter Cake #CaraCikDyg. Simple tapi comfirm sedap. Jangan lupa share tau.

BAHAN A :

  • 250 g mentega
  • 200 g gula kastor
  • 1 sb Ovalette

BAHAN B:

  • 50 g susu pekat manis
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 g tepung naik sendiri

BAHAN C:

  • 10 g serbuk koko hitam
  • 10 g serbuk koko

CARA-CARA:

  1. Putar Bahan A sehingga gebu.
  2. Masukkan susu pekat manis & putar seketika.
  3. Masukkan 5 biji telur satu persatu.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung naik sendiri. (Putar sehingga adunan sebati).
  5. Kemudian, asingkan adunan kepada 3 bahagian ( 1 bahagian asal, 1 bahagian dimasukkan serbuk koko hitam & 1 bahagian serbuk koko)
  6. Selang selikan 3 adunan / bahagian tersebut di dalam tray.
  7. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160’C.
  8. Bakar selama 45 minit.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab