Pernah tak anda terjumpa perkataan “Cacao”? Mungkin ada yang menganggap Cacao ni ejaan lain untuk cocoa. Tidak sama sekali. Cacau powder dengan cocoa powder ni dua-dua berasal dari buah koko. Cuma bezanya ialah cara pemprosesan dan juga kandungan khasiatnya. Jom CikDyg nak share apa bezanya cacao dengan cocoa ni.

Kedua-dua cacao dan cocoa powder ni berasal dari buah koko, atau nama sintifiknya, Theobroma cacao.

Haa..pernah rasa tak buah koko ni? Sedap tau. Walaupun buah koko ni diproses untuk buat coklat, bukan isi dia tau yang rasa macam makan coklat. Biji dia yang diambil dan diproses. Daripada biji ni lah yang orang dok buat coklat makan, coklat masakan, cocoa butter, cocao powder dan cocoa powder.

Jadi, apa bezanya cacao dengan cocoa powder ni?

CACAO POWDER

  • Serbuk cacao ni diproses daripada biji buah koko menjadi serbuk dengan cara cold pressing. Biji tu tidak dipanggang untuk mengekalkan khasiat yang terkandung dalam buah koko.
  • Serbuk cacao ni asli tau, tanpa sebarang campuran pengawet ataupun bahan tambahan.
  • Ia jauh lebih berkhasiat daripada cocoa powder (serbuk koko) dan coklat makan yang kita dok beli kat kedai tu.
  • Cacao tergolong sebagai salah satu sumber makanan yang mempunyai kandungan magnesium yang paling tinggi.
  • Cacao juga tinggi kandungan antioksidan.
Cacao digelar superfood kerana ia sangat kaya dengan khasiat
  • Serbuk cacao ni lebih mahal daripada serbuk koko.
  • Turut mengandungi serat, kalori, vitamin, mineral, karbohidrat asli, dan protein.
  • Cacao dapat membantu mengurangkan berat badan, baik untuk jantung dan sesuai untuk dapatkan kulit yang sihat.

COCOA POWDER (SERBUK KOKO)

  • Serbuk koko ni proses pembuatannya sama juga dengan serbuk cacao, cuma bezanya ia diproses dengan suhu yang tinggi sebelum dihancurkan menjadi serbuk.
  • Banyak khasiat yang hilang dalam proses penghasilan serbuk koko ni.
  • Disebabkan suhu yang lebih tinggi juga, serbuk koko lebih manis sedikit berbanding serbuk cacao.
  • Apabila membeli serbuk koko, pastikan anda baca bahan kandungannya. Pilih yang tidak ada atau sedikit sahaja bahan sampingan yang ditambah. Sebabnya kebanyakan pengeluar serbuk koko akan tambah gula, lemak susu, dan perasa tiruan dalam proses pembuatannya sekaligus mengurangkan lagi kadar nutrisi yang ada.

Mesti ramai yang dah tahu, coklat gelap (dark chocolate) lebih berkhasiat daripada coklat biasa kan? Sebabnya, coklat gelap ni mengandungi kandungan cacao yang tinggi (70% ke atas). Kesimpulannya, lebih banyak kandungan cacao yang ada dalam sesuatu coklat tu, lagi tinggi lah kandungan khasiat nya.

Jadi, terpulang lah pada anda samada nak guna serbuk cocoa ataupun serbuk cacao. Kalau anda beli serbuk cacao untuk baking, suhu yang tinggi daripada membakar kek atau pasrty tu akan mengurangkan kandungan antioksida yang ada. Seeloknya, serbuk cacao ni digunakan dalam minuman atau smoothie.

Tapi kalau nak guna untuk baking pun tak ada masalah, serbuk cacao ni alternatif yang lebih baik berbanding serbuk koko yang kandungan antioksidan nya jaaaauuuh lebih rendah. Tepuk dada tanya selera.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top