CARA PILIH IKAN BILIS BERKUALITI

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sapa kat sini suka makan ikan bilis? Walaupun simple, tapi bila makan dengan nasi panas-panas tu memang nikmat ceq oi. Senang pulak tu nak masak. Ikan bilis goreng makan dengan nasi lemak, sambal ikan bilis, sambal petai ikan bilis, sambal bilis hijau.. ha tu dia, macam-macam aih.

Pemilihan ikan bilis yang fresh dan berkualiti sangat penting supaya masakan lebih sedap dan ikan bilis tu tahan lama. Hampa pun tau kan, kalau beli hat tak fresh…dah la lambat garing bila digoreng, rasa pun kureng. So, mai CikDyg nak share dengan hampa tips ringkas membeli ikan bilis yang fresh dan berkualiti.

WARNA

Masa hampa nak beli ikan bilis tu, perhatikan jenis-jenis yang ada dan kenalpasti perbezaan harga setiap jenis. Hat warna putih bersih berkilat memang mahai sikit. Tapi hat ni la yang berkualiti. Lagi putih warna dia, lagi mahai harga dia. Elakkan membeli yang berwarna kuning kusam walaupun harga murah.

LEMBUT

Cer hampa picit sikit dengan jari masa dok pilih-pilih ikan bilis tu, kalau mudah pecah maksudnya ikan bilis tu berkualiti. Jangan pilih hat dah keraih.

BELANG

Kalau hampa perasan, ikan bilis pun ada belang yang berbeza pada badannya. Ikan bilis yang berkualiti tinggi mempunyai belang berwarna putih. Ikan bilis yang berbelang hitam pula kurang berkualiti.

BAU

Sama jugak macam hampa pi beli ikan biasa, bau ikan tu sangat penting. Sama jugak la dengan ikan bilis pun nah. Hampa cium bau ikan bilis tu dulu sebelum beli. Ikan bilis yang masih fresh dan berkualiti mempunyai bau yang helok. Ikan bilis yang dah lama pulak berbau kurang enak dan hapak.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab