Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Hampa biasa simpan daging dengan ayam lagu mana? Sapa kat sini geng macam CikDyg, beli banyak siap-siap lepas tu simpan dalam plastik lagu ni…? Siap tulis menu apa nak buat dekat plastik tu.

Todiaaa ni cara CikDyg simpan daging dalam peti ais.

Kalau daging ni lepas beli jangan bagi kena ayaq tau. Lepas tu potong ikut jenis masakkan kita nak.

Sebabnya kalau nak bakaq saiz lain.

Nak buat gulai saiz lain.

Nak buat masak kicap saiz len.

Bila nak masak nanti senang. Tak payah nak potong-potong dah. Amik basuh bilas-bilas terus masak. Daging ni bila banyak kali kena ayaq sangat nanti dia hilang kemanisan tu. Haaa gitewwww.

Hat daging caramel tu CikDyg basuh siap perap dah. Nanti nak masak, sejukkan terus boleh tauk dalam belanga kita.


Ayam pun sama jugak. Asingkan ayam lagu ni senang bila nak masak sebabnya nak pilih bahagian ayam yang kena dengan masakan. Hihi. Lepas ni hampa pun boleh la praktikkan cara ni kat rumah.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab