CARA SIMPAN MEE/ KUETIAW TAHAN BERMINGGU

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Mesti hampa biasa beli mee/kuetiaw sikit-sikit ja kan? Sebab nanti takut bila simpan lama-lama akan jadi tak cantik bila nak masak. Putuih (putus), patah, melekit, ataupun sedikit berlendir… Masalah ni semua boleh diatasi kalau hampa simpan dengan cara yang betui.

Lepas ni hampa toksah risau dah bila nak beli buat stock banyak-banyak, senang bila time terdesak taktau nak masak apa buleh la teruih masak apa yang ada dalam stock. Tak perlu nak pi beli lain dah.

Caranya mudah ja.. Bila hampa beli mee/kuetiaw, jangan teruih pi simpan dalam peti ais nah. Hampa kena keluaqkan dulu dari plastik bungkusan, boh minyak dulu sambil lerai-leraikan mee/kuetiaw tu.

Jangan simpan seketoi lagu tu, kena leraikan dulu supaya bila nak pakai nanti dia tak bersimpui (bersimpul) dan putuih/patah bila ditarik. Masukkan ke dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku nah)

Nanti bila nak guna, keluaqkan dan biaq dulu dalam 1jam sebelum masak. Jangan lupa basuh dulu!

Dengan cara ni, insyaAllah mee dan kuetiaw hampa akan tahan lebih lama. Kalau sebelum ni tahan 2-3 hari ja kat suhu bilik, lepas ni boleh tahan 2-3 minggu.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab