Cheezy Mushroom Macaroni #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg kongsikan resepi simple ni dengan hampa. Bahan dia mudah saja.

BAHAN-BAHAN:

  • 1biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang kecil)
  • 1 keping dada ayam (dicincang)
  • Cendawan (ikut suka hampa nak guna cendawan jenis apa)
  • 1 kotak susu full cream
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 keping cheese slices
  • 1 cawan macaroni (direbus lembut dan toskan)
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Mula-mula nak buat cheezy mushroom macaroni ni, cairkan butter. Masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis sehingga garing.
  2. Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak.
  3. Lepas tu, masukkan susu full cream.
  4. Masukkan pula cendawan, lada hitam, dan garam secukup rasa. Kacau bagi rata.
  5. Last sekali, masukkan macaroni dan cheese slice. Kacau kacau kacau sampai macaroni berpalut dengan kuah.
  6. Kacau sehingga agak pekat, kemudian tuang ke dalam loyang.
  7. Taburkan mozarella cheese dan bakar pada suhu 200C selama 20minit (bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing).

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab