CHICKEN MUSHROOM TORTILLA #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share dengan hampa menu yang simple tapi mudah menggemokkan badan. Hahaha. Kalau hampa diet tak mau makan nasi, boleh la cuba resepi ni. Kalau nasi hampa makan, hat ni pun hampa makan jugak.. tak tau la nak habaq lagu mana. Hehe

BAHAN-BAHAN:

  • Roti tortilla wrap @ roti kesukaan hampa
  • 1 biji bawang holland
  • Isi ayam @ udang @ daging
  • Lada benggala
  • Blackpepper
  • Mozarella cheese
  • Garam secukup rasa
  • Sayur kesukaan

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa tumis bawang holland sampai naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan goreng sampai ayaq daripada ayam tu kering.
  3. Jangan bagi berayaq nah, satlagi nak balut dengan roti jadi berayaq roti tu pulak.
  4. Kemudian, masukkan blackpepper, cendawan, dan lada benggala. Ikut suka citarasa hampa nak letak banyak mana.
  5. Masukkan garam secukup rasa, kacau sebati.
  6. Lepas tu, masukkan mozarella cheese & kacau sampai cheese tu cayaq.
  7. Ketepikan inti, hampa panaskan roti tortilla. Tak perlu pakai minyak nah, panaskan gitu ja kat dalam kuali.
  8. Gulung roti dengan inti berserta dengan sayoq kesukaan hampa.
  9. Dah siap balut, hampa panaskan sikit atas kuali sekadar nak bagi cheese dalam inti tu melekat kat roti.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab