Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom Cik Dayang kongsikan dengan hampa macam mana cara nak buat cekelet bite yang mudah sangat. InsyaAllah jadi peberet anak-anak kita.

BAHAN-BAHAN:

  • Coklat coins Beryls (jenama apa pon takpa, ikot suka hati hampa)
  • Kekacang kesukaan. *kalau hampa nak sedap, sangai sat kacang tu
  • Buah-buah kering kesukaan
  • Macaroon mat, ataupun apa-apa acuan yang hampa ada

CARA-CARA:

  1. Mula-mula hampa cayaqkan coklat coin. Boleh guna kaedah double boil ataupun hampa boh ja dalam microwave. Nak masak kat atas dapoq teruih pun buleh, hampa bukak api perlahan ja tau supaya coklat tak rosak dengan suhu yang tinggi
  2. Bila dah cayaq sepenuhnya, biaq suam dulu kemudian baru masukkan dalam piping bag.
  3. Pipe coklat di atas macaroon mat/acuan.
  4. Lepas tu, hampa taboq hiasan cepat-cepat sebelum coklat tu mengeras.
  5. Biaq saja pada suhu bilik, dalam setengah jam lagu tu. Siap untuk dimakan! Jangan boh dalam peti ais tau, sebab nanti bila bawak keluaq coklat tu akan cepat lembik.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab