Sapa kat sini tak dak idea nak masak apa? Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi Daging Goreng Karamel #CaraCikDyg. Memang simple dan tersangat sedap. Makan dengan nasi panas-panas. Lentokkkkk oiii.
Gabungan manis masin pedas dan boleh tambah rasa masam tu. Perghhhhh cukup lah satu lauk ni saja. Pastikan makan dengan nasi baru masak. Memang meleleh aih. Bagi yang berdiet, sila jangan cuba buat, sebab pasti akan menyesal.
Walaupun rupa dia tak seberapa, tapi sekali rasa. Perghhhh peeghhh perghhhh layan. Wajib try cek oiiii. Haha.
BAHAN-BAHAN:
- Daging (dipotong nipis)
- 1 sudu besar secukup rasa @ garam
- Gula kabung (ditumbuk hancur)
- Cili padi
- Bawang besaq
CARA-CARA:
- Mula-mula, gaul daging dengan garam @ secukup rasa.
- Bila dah sebati, hampa boh gula kabung. Gaul sampai berpalut gula pada semua daging & perap 1 jam sebelum goreng. Nak perap semalaman lagi baguih.
- Selepas perap, hampa goreng ja macam biasa dengan minyak.
- Nak mudah masak, hampa masukkan ayaq sikit nah. Masak sampai ayaq dia kering.
- Kemudian, masukkan cili padi & bawang besaq, goreng sampai sedikit layu. Terpulang pada hampa nak tahap kepedasan yang lagu mana, dan terpulang hampa suka bawang banyak mana.
- Kacau, kacau, kacau sampai karamel berpalut pada daging & bawang besaq. Siap!
SELAMAT MENCUBA!