DOUBLE CHOCOLATE KEK BATIK SUPER MOIST #CaraCikDyg

Jom CikDyg nak kongsikan dengan hampa resepi kek batik yang bukan biashe-biashe ni, tekstur super moist dan rasa coklat tu memang kaw kaw cayaq di mulut baq hangg.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)

  • Setengah ketoi butter
  • 5biji telur Gred A
  • Satu cawan Milo
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 camca besar gula
  • Secubit garam

(Bahan B)

  • 250g biskut marie

CARA-CARA:

  1. Kisarkan kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Masak di atas dapur dengan api yang perlahan dan masak sehingga pekat.
  3. Masukkan bahan B. Kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dalam bekas dan lenyekkan sehingga padat.

Bahan Coklat Ganache

  • 200g coklat coin
  • 150g whipping cream

CARA-CARA:

  1. Panaskan whipping cream dan masukkan Coklat.
  2. Kacau sehingga sebati. Tuangkan di atas kek.
  3. Sejukkan sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top