Buah naga merupakan sejenis buah tropika yang banyak memberi manfaat kepada tubuh manusia. Seperti juga namanya, buah naga mempunyai rupa yang unik berbanding buah-buahan lain. Kulitnya bersisik seakan-akan kulit haiwan mitos naga. Hampa peminat buah naga? Haa jom CikDyg nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang buah eksotik ni.

  • Nama lain bagi buah naga ialah Pitaya, Nanettika, Strawberry Pear, dan Pitahaya.
  • Buah naga dikategorikan sebagai buah eksotik yang tumbuh pada sejenis pokok kaktus. Rupa dan rasanya sangat unik berbanding buah-buahan lain.
  • Bunga kaktus yang menghasilkan buah naga hanya mampu hidup semalaman.
  • Kebiasaannya, buah naga dimakan begitu sahaja ataupun bersama aiskrim, dan pencuci mulut yang lain. Boleh juga dibekukan dan digunakan di dalam minuman, jem, dan jelly.
  • Tinggi vitamin C, anti oksida, zat besi dan serat.
  • Bergantung kepada jenis, isi dan kulit buah naga mempunyai warna yang berbeza. Ada yang isi berwarna putih, merah ataupun magenta. Isinya manis, dan mempunyai biji-biji kecil berwarna hitam yang boleh dimakan.
  • Isi buah naga yang berwarna merah mempunyai lycopene, sejenis komponen antioksida yang sama seperti di dalam buah tomato. Lycopene dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, tekanan darah tinggi, dan sakit jantung.
  • Biji buah naga turut mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kandungan Omega-3 dan Omega-6 di dalam biji tersebut dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, di samping mempunyai fungsi melawas.
  • Produk kecantikan yang mengandungi buah naga, madu dan jus timun dapat melembapkan kulit serta melegakan masalah sunburn.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top