FUDGE BROWNIES #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share resepi brownies kegilaan ramai ni. Moist yakmat, memang terasa pure coklat dia tu. Setiap gigitan terasa coklat chip. Perghhhh tak sedaq setengah loyang dah.

BAHAN-BAHAN:

• 450 g dark chocolate
• 150 g butter
• 100 g gula perang
• 50 g coklat cip
• 100 g tepung gandum
• 3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred C
• Sedikit esen vanilla
• Secubit garam

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa satukan coklat dengan butter dalam 1 bekas & cairkan dalam microwave atau guna kaedah double boil selama 1 minit.
  2. Sementara nak tunggu coklat cayaq, pukui telur, gula, & garam sampai betui-betui larut.
  3. Lepas tu, hampa satukan adunan coklat dengan adunan telur tadi. Kacau bagi sebati.
  4. Hampa satukan tepung & esen vanilla dalam 1 bekas & masukkan separuh ke dalam adunan coklat & telur yang dah sebati tadi. Kacau bagi sebati.
  5. Masukkan lagi separuh adunan tepung & sambung kacau lagi sampai sebati.
  6. Lepas tu, hampa masukkan coklat cip. Kalau hampa nak letak badam dalam adunan brownies, kena bakaq dulu. Kalau nak letak badam sebagai topping, tak perlu bakaq dulu. Sebab nanti nak bakaq, topping akan kena api jugak.
  7. Sambil-sambil tu, hampa panaskan dulu oven pada suhu 160-180°C.
  8. Hampa alaskan loyang 10 inci dengan baking paper.
  9. Tuang adunan brownies dalam loyang & bakaq selama 40 minit, bergantung pada oven hampa nah. Jangan lama sangat bakaq, takmau brownies tu kering

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab