Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kek ni kan kan dia sedap makan masa tengah dok panaih lagi. Memang sedap makan dengan ayaq kupi plak. Fuhhh. Layannnn aihh sepotong sepotong. Aroma kek ni mesti bau creamy-creamy giteww. Haha. So, dok tunggu apa lagi hampa kena try resepi ni cepat.

BAHAN-BAHAN (untuk loyang 8 inci)

BAHAN A

  • 250gm Cream cheese
  • 250gm Susu Full Cream

CARA-CARA:

  1. Panaskan air dalam periuk dan letakkan mangkuk stainless steel di atasnya.
  2. Masukkan susu dan cream cheese, kacau hingga sebati.

BAHAN B

  • 70gm Kuning Telur
  • 70gm Tepung Naik Sendiri
  • 20gm Tepung Kastad
  • 2tsp vanilla powder atau esen vanila

Cara2:

  1. Masukkan kuning telur dan pukul hingga gebu.
  2. Masukkan bahan A dan pukul selama 2 minit.
  3. Masukkan tepung naik sendiri, esen vanila dan tepung kastad. Pukul lagi 2 minit (sebati)

Bahan C

  • 130gm Putih telur
  • 120gm Gula Kastor

Cara2:

  1. Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis, pukul hingga bertanduk
  2. Step seterusnya, campurkan adunan C ke dalam adunan B sedikit (buat 3 kali) dan kaup balikkan dengan spatula hingga habis.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang.
  4. Letakkan adunan atas dulang pembakar dan tuangkan air panas setinggi 1/2 inci (teknik Bain-marie).
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 60-70 minit.
Lagi satu kan, nak habaq mai ni. Kek ni dia rasa macam makan aiskrim bila letak dalam peti ais. Tokak ja sikit masa nak telan tu rasa lembuttt yakmattt. Bak kata orang puteh melting in ur mouth baq hianggg.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab