Keju ada macam-macam jenis, tapi tak semuanya famous di Malaysia. Orang Malaysia biasa guna keju bila makan dengan pasta, sandwich, burger, dalam resepi cheese cake, dessert, dan lain-lain lagi. Tak semua jenis keju sama tau penggunaan nya, lain keju lain tekstur dan rasa.
Jom CikDyg share dengan hampa antara jenis-jenis cheese yang biasa jumpa di pasaraya kat Malaysia.
KEJU CHEDDAR
- Sumber: Susu lembu
- Negara Asal: England
- Jenis: Keju susu separuh keras dan rasanya masin.
- Tekstur: Keras dan tidak mudah cair jika dibakar pada suhu yang tinggi. Juga dijual dalam bentuk kepingan
- Warna: Kuning pudar
- Kegunaan: Untuk hiasan atas roti, kek, pizza, biskut, mac n cheese. Boleh dimakan begitu sahaja dengan roti.
KEJU MOZARELLA
- Diperbuat daripada susu kerbau liar (keju asli)
- Negara Asal : Itali
- Jenis : Separuh lembut dan mudah cair bila dibakar. Apabila ditarik, ia bertali.
- Tekstur: Kenyal
- Warna: Putih atau kuning pucat
- Kegunaan: Sesuai untuk hiasan pizza, roti, lasagna. Juga sesuai dimakan begitu sahaja atau dengan minyak zaitun dan herba. Sering digunakan dalam resepi salad.
KEJU PARMESAN
- Sumber: Susu lembu
- Negara Asal: Itali
- Jenis: Keju susu berperisa dengan aroma yang tajam
- Tekstur : Keras, tetapi kebiasaannya dijual dalam bentuk diparut menjadi serbuk
- Warna : Putih krim atau kuning krim
- Kegunaan: Ditabur atas pizza, sup, dan pelbagai jenis pasta. Juga boleh dimakan begitu sahaja.
KEJU KRIM (CREAM CHEESE)
- Sumber: Gabungan krim dan susu lembu
- Negara Asal: Amerika Syarikat
- Jenis: Tinggi kandungan lemak, mengandungi asid lastik dan perlu dimakan segar. Rasa nya sedikit masam
- Tekstur: Halus, lembut, berkrim dan beraroma. Ia mudah lembut pada suhu bilik dan lebih senang untuk diputar bersama gula.
- Warna: Putih kekuningan
- Kegunaan: Sesuai untuk semua jenis kek, biskut, tart dan pencuci mulut.
KEJU MASCARPONE
- Sumber: Susu lembu
- Negara Asal: Itali
- Jenis: Keju berkualiti tinggi dan tinggi kandungan lemak. Agak mahal dan sukar didapati di pasaran tempatan. Mempunyai rasa yang lemak berkrim dan agak ringan, tidak terlalu muak.
- Tekstur: Berkrim dan lembut, kelihatan seperti yogurt atau krim masam yang lebih tebal.
- Warna: Putih dan kuning
- Kegunaan: Sering digunakan dalam resepi kek, salad, buah-buahan dan pencuci mulut seperti tiramisu dan risotto.
KEJU RICOTTA
- Sumber: Susu lembu
- Negara Asal: Itali
- Jenis : Rasa ringan berkrim, lemak masin, mempunyai tempoh luput yang pendek. Lebih rendah kalori daripada kebanyakan keju lain. Kaya protein.
- Tekstur: Lembut, berkrim dan tinggi kandungan air
- Warna: Putih
- Kegunaan: Untuk pelbagai jenis pasta seperti lasagna dan spageti. Mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Versi ricotta yang rendah lemak sangat popular dikalangan atlet dan ahli bina badan kandungan proteinnya.