JUS BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

Hampa mesti dah tau kan yang buah-buahan ni ada banyak khasiat nya, tak kesah la apa jenis buah pun. Kalau kita amalkan pemakanan yag sihat, insyaAllah  kita akan kekal cergas dan awet muda. Selain dimakan lagu tu ja, hampa mesti suka minum sebagai jus jugak kan? Mungkin ramai yang ingat semua jenis jus buah adalah baik untuk kesihatan.

Tapi sebenaqnya, menurut pakar pemakanan.. bukan semua jus baik untuk kesihatan kita tau sebab ada sesetengah buah yang tinggi kandungan gula. Tak silap-silap hampa boleh kena kencing maneh pulak nanti.

Jom CikDyg nak share dengan hampa jus-jus yang baik untuk kesihatan:

Jus Delima: Buah delima terkenal dengan kandungan antioksida nya yang tinggi. Walaupun jus nya tinggi gula dan kalori, jus delima sangat baik untuk kesihatan dan untuk kekal awet muda. Malah, kandungan antioksida dalam jus delima lebih tinggi berbanding the hijau.

Jus Anggur Merah: Wain merah baik untuk kesihatan organ hati sekiranya diambil pada kadar sederhana. Tapi, bagi yang beragama Islam, hampa boleh gantikan dengan jus anggur merah sebab khasiat nya masih sama, iaitu kaya dengan resveratrol dan flavonoid.

Jus Prune: Jus Prune sangat berkesan untuk melawaskan sistem pencernaan kerana kandungan serat nya yang tinggi, di samping mengandungi antioksida, zat besi, dan kalium.

Jus Kranberi: Jus kranberi sangat baik untuk sistem imunisasi tubuh kita. Ia bagus diminum tanpa gula untuk mencegah jangkitan bakteria terutama sekali jangkitan di saluran kencing.

Jus Acai Beri: Buah acai beri terdapat di Amerika Selatan. Pati nya mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah kranberi, beri biru, beri hitam dan strawberi.

TIPS PENTING MEMBELI JUS DI PASARAYA:

Kebanyakan jus yang ditulis “juice cocktail”, “juice-flavored beverage” dan “juice drink” mempunyai kandungan jus asli yang sedikit tetapi tinggi kandungan pemanis tambahan. Minuman sebegini tidak ada bezanya minuman bikarbonat yang ada di pasaran.

Sebaiknya, buatlah sendiri untuk dapatkan khasiat jus buah-buahan yang asli tanpa sebarang bahan pengawet dan pemanis tambahan.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top