KACANG BOTOL GORENG BELACAN #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Asyik buat kangkung goreng belacan saja, jom kalini ni kita pekena kacang botoi goreng belacan pulak. Krup krap krup krap. Pedas-pedas tak payah boh sambai belacan dah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/3 cawan minyak masak (untuk menumis)
  • 3-5 biji cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan belacan (nak boh lebih pun boleh)
  • Sedikit ikan bilis (agak-agak dalam 20 ekoq)
  • Garam secukupnya
  • Secubit gula
  • Ajinomoto (tak letak pun boleh, ikut citarasa)
  • 6-7 batang kacang botol (cuci dan potong kecik-kecik)
  • Fishball (dipotong kecik, kalau tak letak pun boleh)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula sekali, tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, dan belacan sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah ditumbuk tadi.
  3. Tumiskan sekali bahan-bahan perasa (ikan bilis, garam, gula dan ajinomoto) hingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan fish ball dan kacang botol, kacau goreng seketika. Jangan goreng terlalu lama, nanti lembik pula kacang botol.
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab