KEK BATIK 3 LAYER #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share resepi Kek Batik 3 Layer yang comfirm sedap dan cayaq di mulut

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2ketul butter*
  • 5biji telur*
  • 3/4cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan milo*
  • 1/4cawan serbuk koko* (Takdak serbuk koko boleh pakai 1cawan milo)
  • 1/2tin susu pekat*
  • 1/2 cawan gula*
  • Esen vanila*
  • Biskut meri 2baris atau 200g

CARA-CARA:

  1. Blend kesemua bahan bertanda * , kemudian masak di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  2. Masukkan biskut meri kacau sebati dan tuangkan ke dalam bekas.
  3. Tekan dan padatkan biskut sehingga rata.

BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE:

  • 250g cream cheese
  • 150g whipping cream
  • 70g gula kastor
  • Esen vanila
  • 10g gelatin
  • 50g air panas + 30g untuk blend

CARA BUAT LAPISAN CHEESE:

  1. Satukan gelatin dengan air panas. Biar 5 minit bagi kembang.
  2. Masukkan bahan yang lain ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  3. Masukkan gelatin, blend lagi sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan di atas kek batik yang dah siap tadi. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN LAPISAN COKLAT:

  • 150g coklat coin (CikDyg guna jenama beryls)
  • 70g whipping cream/ boleh ganti dengan susu cair
  • Sedikit minyak jagung/ butter

CARA-CARA BUAT LAPISAN COKLAT:

  1. Panaskan whipping cream.
  2. Tutup api, dan masukkan coklat sambil kacau sehingga coklat cair.
  3. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
  4. Tuang sebagai lapisan paling atas kek batik. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab