Kek Batik Cheese Supermoist: Betui-betui moist baq hangg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

CikDyg nak ajaq hampa macam mana nak buat Kek Batik Cheese yang Moist sangat-sangat. Sesuai untuk semua majlis. Hampa nak buat juai pon sesuai tau.

BAHAN-BAHAN KEK

Bahan-Bahan A:

  • 5 Biji Telur (Gred A)
  • 125g Mentega
  • 250g Susu Pekat
  • 20g Gula
  • 30g Serbuk Koko
  • 100g Tepung Gandum
  • 100g Milo

Bahan-Bahan B:

  • 250g Biskut Marie

CARA-CARA:

  1. Mula-mula hampa blend kesemua bahan (A).
  2. Kemudian, masak di atas api sehingga pekat.
  3. Masukkan biskut marie, lepas tu hampa kacau hingga sebati dengan adunan tadi.
  4. Tuang ke dalam dulang dan gaul sekata.

BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE

  • 250g Krim Keju
  • 100g Gula aising

CARA-CARA:

  1. Hampa masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk dan putaq sampai sebati.
  2. Kemudian, hampa tuang adunan tersebut ke atas kek batik hat dah siap tadi.
  3. Last sekali hampa taboq serbuk milo di atas topping cheese kek batik tadi. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab