KEK COKLAT BUTTERMILK #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom Layan Kek Coklat ButterMilk #CaraCikDyg comfirm tak muak.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)

  • 50 gram serbuk koko
  • 150 gram tepung naik sendiri (tepung kek) – kalau guna tepung gandum, tambahkan 1/2 sudu teh serbuk penaik & 1/2 sudu teh soda bikarbonat

(Bahan B)

  • 120ml susu full cream/susu segar
  • 1 sudu besar cuka/perahan lemon – Satukan dan biar selama 5 minit (untuk buttermilk)

(Bahan C)

  • 1 biji telur (size A)
  • 170 gram gula
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 120 ml minyak jagung

(Bahan D)

  • 120 ml air panas

(Bahan topping sedap)

  • 200g coklat masakan
  • 50g susu full cream
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar sirap glucose

CARA-CARA:

  1. Ayak kesemua bahan A. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan A, B & C. Putar selama 1 minit speed sederhana.
  3. Masukkan bahan D. Kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang beralas kertas minyak.
  5. Bakar selama 60 minit pada suhu 160°C. Boleh juga dikukus.
  6. Gaul sebati bahan-bahan topping dan tuang ke atas kek.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab