Kek Coklat Lava Cheese Leleh #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom layan kek coklat lava cheeseleleh #CaraCikDyg. Tak perlu mixer. Hanya guna blender saja. Sangat senang dan sedap. Tangkap leleh woooo

Jangan lupa share tau.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan kek)

  • 3 Biji Telur Saiz A
  • 1 Cawan Minyak
  • 1/2 Cawan Susu Pekat
  • 3/4 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan Susu Full Cream atau Air Panas
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 sudu teh Soda Bicarbonate
  • 1/2 sudu teh Baking powder
  • Esen vanila

(Bahan Topping Coklat)

  • 150g dark coklat coin
  • 50g susu full cream

(Topping Cheese)

  • 250g cream cheese
  • 80g susu pekat
  • 100g susu full cream

CARA-CARA:

  1. Blend minyak, gula, dan telur sehingga sedikit kembang (lebih kurang 1 minit).
  2. Masukkan susu pekat dan susu full cream ke dalam blender tadi. Blend hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam adunan tepung, soda bikarbonat, baking powder, dan vanilla powder. Kacau sebati. Sambil-sambil tu, panaskan periuk kukusan.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 7 atau 8 inci yang mempunyai lubang di tengah, kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  5. Untuk topping coklat, panaskan susu full cream dan gaul sebati Bersama coklat sehingga coklat larut.
  6. Untuk topping cream cheese, putar cream cheese sehingga larut.
  7. Masukkan susu cair dan susu pekat, gaul sebati.
  8. Tuang topping coklat berselang-seli dengan topping cream cheese di lupang pada tengah kek yang dah masak. Tuang sehingga melimpah ke luar kek dan deko ikut citarasa masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab