Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ada sahabat CikDyg sampai tak menang tangan buat order tau, dengan hanya sekadar berkongsi resepi kek Hujan Panas ni, Alhamdulillah. Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi kek zaman dulu kala ni.

BAHAN-BAHAN:

(BAHAN A)

  • 1 cawan kelapa kering
  • Pewarna kesukaan

(BAHAN B)

  • 250g butter
  • 110g gula kastor/ gula pasir halus
  • Secubit garam
  • 1 camca besaq ovellate

(BAHAN C)

  • 2 camca besaq susu pekat manis
  • 4 biji teloq gred A

(BAHAN D)

  • 200g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen ros/ perisa ros

CARA-CARA:

  1. 1 cawan kelapa kering dibahagikan kepada berapa warna yang hampa nak. Lepas tu, gaul dan ketepikan.
  2. Hampa putaq butter, garam & gula sampai gebu. Lepas tu, masukkan ovellate. Putaq sampai gebu lagi, dalam lebih kurang 10 minit.
  3. Masukkan teloq sebijik sebijik sambil putaq sampai habis semua.
  4. Masukkan susu pekat manis dan esen rose. Putaq sebati.
  5. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan kelapa yang dah diwarnakan tadi.
  6. Hiaskan permukaan atas kek dengan kelapa yang dah diwarnakan.
  7. Bakaq selama 45 minit suhu 160°C atau sehingga masak *bergantung kepada oven masing-masing.
Siap dah! Aroma dia tu perghhh tak tahan cek baq hang. Buleh buat hidung kembang semangkuk tau.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab