KEK KARAMEL PELANGI #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi Kek Karamel Pelangi #CaraCikDyg Memang terlajak gebu baq hiang. Memang sedap sungguh gabungan kek dengan puding ni. Bau pulak aroma karamel tu, adudududu wangi sungguh. Sapa la pencipta resepi kek ni kan.

Hampa jangan lupa try tau. Bahan dia pon tak banyak sangat dan tak susah pon nak cari. Memang puas hati dapat buat sendiri.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan gula hangus)
● 2sudu besar gula

(Bahan pudding)
● 1 tin susu cayaq
● Esen vanila
● 3 sudu besar tepung jagung/ boleh ganti dengan tepung kastard
● 70g gula
● 6biji kuning telur
● Secubit garam

(Bahan kek)
Bahan A-meringue
● 9biji putih telur
● 1/2 cream of tartar (tak letak pun takpa)
● 70g gula kastor

Bahan B
● 3biji kuning telur (kuning telur dari bahan maringue tadi)
● 130ml air
● 50ml minyak masak
● 50g gula kastor
● 150g tepung gandum
● 1sudu teh baking powder

CARA-CARA:

(LAPISAN KARAMEL)

  1. Panaskan gula di dalam loyang dengan api perlahan sehingga warna bertukar keperangan.
  2. Hampa katup (tutup) api, jangan biaq sampai hangit tau nanti warna gelap sangat tak cantik. Sementara masih cayaq, ratakan lapisan gula di permukaan loyang. Ketepikan.

(LAPISAN PUDING)

  1. Satukan telur kuning, susu, gula, esen vanilla, dan garam di dalam bekas. Kacau sehingga gula larut dan sebati.
  2. Masukkan tepung jagung atau ganti dengan tepung kastard. Kacau sebati dan tapis teruih ke dalam loyang berisi lapisan karamel tadi. Ketepikan.

(LAPISAN KEK)

  1. Hampa putaq 9 biji putih telur sehingga betul-betul kembang untuk dijadikan sebagai meringue. Bila dah kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil sambung putaq lagi.
  2. Dalam bekas berasingan (B), masukkan kuning telur, gula, minyak masak, ayaq, dan esen vanilla. Putaq sehingga gebu, lebih kurang 2-3minit lagu tu.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder, sambung putaq slow-slow sampai sebati.
  4. Satukan adunan meringue ke dalam adunan bahan B sikit-sikit, gaul rata dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kek ni kepada 3 bahagian: bahagian pertama CikDyg boh kaler purple, bahagian kedua pink, bahagian ketiga tak boh warna. Ikut suka hampa la noh nak boh kaler apa pun.
  6. Tuang adunan kek di tengah-tengah lapisan puding tadi dengan berselang-seli antara ketiga-tiga warna sehingga habis.
  7. Bakaq dengan kaedah water bath, suhu 160°C selama 45-60minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
  8. Lepas bakaq, biaq dalam oven selama 20 minit sehingga kek agak lekang dari loyang. Jangan tunggu sampai sejuk tau. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Eh, CikDyg nak pesan ni, pastikan letak esen vanila lebih untuk menghilangkan bau hanyiaq teloq kat kek tu tau. Memang sedap sungguh bila makan sejuk-sejuk. Puding sejuk-sejuk dok tergedik-gedik menari dalam mulut. Sayang sungguh nak telan. Hehe

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab