KEK LAICI SELEMBUT KAPAS #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Memang kek ni lembut sangattt, selembut CikDyg tau. Heheheh. Raya nanti hampa boleh buat ni. Bahan dia mudah sangat.

BAHAN-BAHAN:

  • 6Biji telur Gred A
  • 100g tepung naik sendiri @ 1cawan tepung
  • 80-100g gula kastor @ 1/2cawan gula
  • 70g minyak masak atau 1/2 cawan
  • 1/2 cawan susu cair @ 85g susu
  • Esen vanila 2 sudu teh
  • Laici flavour 2 sudu teh (kordial laici pon boleh)
  • Cream of tartar 1 sudu teh
  • Pewarna pink (ikut suka)

CARA-CARA:

  1. Asingkan putih & kuning telur. Pukul bahagian putih telur dan cream of tar tar sampai berbuih, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit, pukoi sampai kental. Lepas tu tauk tepi.
  2. Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu cair, perisa laici dan esen vanila pukul sehingga gebu macam CikDyg. Masukkan tepung bagi gebu lagi, ibarat tempek pondesyen.
  3. Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur. Kaup balik sehingga rata. Kacau selow² dan sopan mcm CikDyg jugak.
  4. Bahagikan kepada 2 adunan. Pink dan putih. Ikut suka kaler yang hampa nak. Letak kaler kelabu pon buleh aih. Tuang ke dalam loyang 8inci secara berselang seli.
  5. Bakar secara water bath suhu 150°C selama satu jam. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab