Hai hampa, jom CikDyg nak share cara buat Keria Ball yang lembut yakmat kat dalam, tapi rangup kat luaq.

Senang saja bahan dia:

  • 500 gm keledek putih/kuning
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besaq tepung ubi
  • 1 sudu besaq majerin
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

(Untuk Sira)

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air

CARA-CARA:

1. Mula-mula, buangkan kulit keledek. Lepas tu hampa potong kecik-kecik ubi keledek tu.

2. Masukkan keledek, garam, dan ayaq secukupnya ke dalam periuk. Rebus sampai lembut.

3. Agak-agak dah lembut, hampa toskan ayaq dan lenyek keledek sampai lumat semasa masih panas lagi.

Jangan tunggu sejuk baru lenyek, nanti dia keqaih.

4. Hampa sejukkan dulu keledek yang dah dilenyek tadi, kemudian gaulkan dengan tepung dan marjerin.

Kalau gaul masa panas, keledek tu kan lembut lagi. Jadinya, nanti kena letak tepung lagi banyak dan keria akan liat.

5. Uli sampai doh agak-agak tak melekat kat tangan dan bulatkan kuih keria tu ikut besaq mana hampa suka.

6. Goreng keria ball dengan api sederhana.

7. Bila keria ball dah bertukar warna kuning keemasan, hampa angkat dan toskan minyak.

8. Masak pula bahan-bahan sira hingga mendidih dan pekat.

9. Lepas tu, tutup api dan masukkan keria ball. Gaul perlahan-perlahan hingga sira berpalut rata pada semua keria ball.

Tadaaaaa dah siap. Makan panaih-panaih sangat la sedappp

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top