CikDyg ni hantu durian, sapa geng dengan CikDyg? Sekarang ni musim durian tengah melanda rakyat Malaysia. Semestinya saat ni sangatlah ditunggu-tunggu oleh peminat Raja Buah ni termasuk lah CikDyg sendiri. Hehehe. Tapi, tak semua orang sukakan durian kan? Mungkin ada juga yang tak tahan dengan bau durian.

Durian ni ada banyak jenis, dan setiap jenis mempunyai rasa yang berbeza-beza. Hat paling femes.. Musang King la noh? Walaupun orang selalu kata, makan durian banyak-banyak ni tak elok, sebenaqnya, buah durian pun ada khasiatnya yang tersendiri. Ni antara nutrisi yang dalam dalam buah durian:

  • vitamin A
  • vitamin C
  • vitamin E
  • vitamin B1
  • vitamin B2
  • Kalsium
  • Protein
  • Serat
  • Karbohidrat
  • Kalium
  • Fosforus

Jom CikDyg nak kongsikan dengan hampa apa manfaat nya buat feveret CikDyg ni untuk kesihatan kita:

  • Dapat mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.
  • Mengatasi masalah kurang darah kerana mengandungi kandungan folat, dan zat besi dalam durian yang boleh menghasilkan sel darah merah. Sangat sesuai dimakan oleh penghidap Anaemia.
  • Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan anti penuaan. Vitamin C tu juga dapat mencerahkan kulit, dan antioksidan yang ada dapat melawan bakteria penyebab jerawat.
  • Mengandungi banyak potasium/kalsium yang baik untuk kesihatan tulang dan sendi.
  • Dapat mengatasi migrain kerana mengandungi riboflavin atau Vitamin B2.
  • Kandungan vitamin B1,B2 dan kalsium yang tinggi dalam buah durian dapat menguatkan tulang dan gigi.
  • Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah stress, kemurungan, serta mengatasi masalah susah tidur (insomnia).

Walaupun banyak khasiatnya buah durian ni, hampa kena ingat.. makan lah secara berpada-pada.

Pesakit diabetes tak digalakkan untuk makan durian dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya, kandungan gula yang agak tinggi. Sekadar merasa sebijik dua cukup la nah. Begitu juga dengan individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Jangan dok makan banyak-banyak, sat lagi darah tinggi hampa boleh naik!

Bagi hampa yang sihat walafiat pulak… makan dua ulas ka, tiga ulas ka, cukup dah takat tu sebab kalau hampa terlebih makan, badan akan jadi panas. Yang paling penting, minum ayaq kosong bagi banyak nah bila hampa makan durian.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top