Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg share resepi Koktail Kastard #CaraCikDyg yg super duper yummy

BAHAN-BAHAN:

  • Buah campuran dalam tin

(BAHAN-BAHAN PUDING KASTARD)

  • 1 tin susu cayaq
  • 2 tin ayaq mineral
  • Secubit garam
  • Esen vanilla
  • 8 camca besaq tepung kastard
  • ½ cawan gula (gula putih buleh, gula perang pun buleh. CikDyg guna gula perang)
  1. Masak 1tin susu cayaq di dalam periuk sampai mendidih.
  2. Masukkan 1 tin ayaq mineral, secubit garam, dan esen vanilla.
  3. Sementara tu, hampa sediakan bancuhan 8 camca besaq tepung kastard bersama 1 tin ayaq dalam bekas lain.
  4. Masukkan ½ cawan gula ke dalam susu tadi. Dah boh gula kena kacau supaya gula larut dan tak berketoi.
  5. Bila susu dah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard tadi sambil kacau.
  6. Sentiasa kacau nah, dan masak sampai betui-betui pekat.
  7. Bila dah pekat, tutup api dan teruih tuang dalam bekas.
  8. Simpan dalam peti ais sampai keras. Bila dah keras, hampa potong dadu-dadu ikut kreativiti.

(BAHAN-BAHAN KUAH KOKTAIL)

  • 1 ½ tin susu cayaq
  • 1 ½ tin ayaq
  • Secubit garam
  • Esen vanilla
  • 3 sudu besaq gula (CikDyg guna gula putih)
  • 1 camca besaq tepung kastard
  1. Masak 1 ½ tin susu cayaq sampai mendidih. Masukkan secubit garam, 1tin ayaq, esen vanilla, bersama 3 sudu besaq gula.
  2. Kacau sebati. Sementara tu, hampa sediakan bancuhan 1 camca besaq tepung kastard Bersama ½ tin ayaq.
  3. Bila adunan susu tadi dah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard.
  4. Hampa kacau sebati nah, biaq sampai mendidih.
  5. Bila dah mendidih, tutup api dan hidangkan bersama puding kastard tadi dan buah campuran.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab