KUAH LAKSA TUMIS #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom tengok cik dayang buat Kuah Laksa Tumis terlajak kawwww gitew. Semestinya #CaraCikDyg la. Hehe. Nak lebih sedap kuah laksa ni dibuat sehari lebih awal sebelum makan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1.2 kg ikan temenung/ selayang
  • 700g bawang besar
  • 2 inci belacan – bakar
  • 200g cili kisar
  • 5 -10 keping asam keping
  • 3 kuntum bunga kantan – belah 4
  • 2 ikat daun kesum
  • 3 liter air (boleh tambah ikut suka)
  • 2 litre air (guna untuk blend tulang ikan)
  • Garam, Gula dan Penambah perisa.

CARA-CARA:

  1. Rebus ikan sampai mendidih dengan garam dan asam keping. Asingkan isi dengan tulang. Blend tulang dan tapis. Isi pun blend jugak dengan guna air rebusan ikan. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, belacan dan cili kisar. Masukkan minyak masak dalam periuk untuk menumis bahan2 yang siap dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Masukan isi ikan dan masak sehingga mendidih. Masukkan air tulang ikan dan tambahkan air biasa. Biarkan mereneh selama setengah jam.
  4. Masukkan garam dan perisa secukup nya.
  5. Dah siap, boleh dihidangkan bersama laksa, bahan hiasan dan ulaman.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab