Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom cuba resepi

Kuetiaw Kungfu #CaraCikDyg. Jangan lupa cuba tau! Mudah sangat nak buat. Qajin dengan malaih saja pilihannya. Hehe.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kuetiaw
  • Telur untuk goreng kuetiaw
  • Garam
  • Lada sulah

(Bahan kuah)

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah
  • Cili padi (ikut kepedasan yang hampa mau)
  • Isi ayam @ udang @ sotong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 helai daun limau purut
  • Carrot
  • Bunga kobis
  • Sawi
  • Tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, kacau sehingga layu.
  3. Masukkan cili padi dan ayam. Tambahkan ayaq lebih kurang 1mangkuk.
  4. Bila ayaq dia dah nak mendidih, hampa masukkan kiub ayam.
  5. Seterusnya, masukkan sos tiram & kacau bagi sebati.
  6. Bila kuah dah mendidih, masukkan daun limau purut, carrot, & bunga kobis.
  7. Biaq dia masak sat dalam 2minit, lepas tu bancuh tepung jagung dengan ayaq sikit & masukkan ke dalam kuah tadi sambil kacau nah.
  8. Lepas tu, masukkan sayoq hijau dan last sekali tomato. Kacau sat saja, kemudain tutup api.
  9. Untuk goreng kuetiaw dia pulak, hampa pukui teloq bersama sedikit garam & lada sulah. Campoq sekali dengan kuetiaw.
  10. Panaskan kuali & masukkan sikit ja minyak. Goreng kuetiaw bagi lama dengan api kuat, supaya semua bahagian telur pada kuetiaw tu masak rata.
  11. Hidang kuetiaw tadi bersama kuah. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab