Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Terasa nak makan Kuih Cara la pulak petang-petang ni. Ada yang suka dak? Jom CikDyg share resepi nya dengan hampa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh tau)
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun pandan (boleh ganti dengan paste pandan)
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Susu pekat manis secukupnya (sebagai inti, boleh juga guna cheese @ nutella)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, blend daun pandan dengan santan. Tapis & ambik ayaq dia saja.
  2. Masukkan tepung & telur, blend lagi sekali supaya tak berketui.
  3. Hampa buleh tambah paste pandan ke dalam adunan kalau nak warna kuih cara lebih hijau cantik. Kalau takmau boh pun tak pa.
  4. Panaskan acuan kuih cara, sapu minyak masak di keliling acuan tu menggunakan daun pandan supaya kuih cara hampa nanti tak melekat.
  5. Hampa cedok adunan blend tadi & bubuh dalam acuan sampai ¾ penuh.
  6. Letakkan inti susu pekat di tengah-tengah setiap adunan kuih cara tadi. Hampa jangan bubuh banyak-banyak sangat, pasai takut dia pecah bila dah masak nanti.
  7. Biaq sat lebih kurang 3-5minit bagi kuih cara tu masak. Ejas api slow saja nah, takut tepung dia tak masak kat dalam.
  8. Bila dah masak, angkat dan hidangkan. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab