Haaa, CikDyg bukan setakat bagi tip memasak saja, tip jaga muka pon ada jugak tawww..haha

CikDyg nak share dengan hampa cara nak bagi kulit muka flowless gitew hanya guna masker homemade jerrr tapi kulit muka inshaAllah mcm koreann baq ang (janji kena rajin).

Guna 2 bahan saja..Fungsi masker ni kan untuk melembap dan menenangkan kulit especially lepas pakai makeup. Kesejukan dari kedua-dua bahan ni akan buatkan kulit muka hampa jadi lebih fresh lepas tu menghilangkan masalah kemerahan pada kulit kalau yang jenis sensitif.

Bahan diperlukan mudah saja: 1/2 biji timun & dua sudu besaq gel aloe vera. Lemon dengan minyak tu tak payah, sekadar prop hiasan ja. Kihkihkih

CARA-CARA:

  1. Parut timun (tapis amik ayaq saja) dan campoqkan dengan aloe vera.
  2. Sapu kat muka bagi sekata.
    Lebihan tu boleh simpan dalam peti ais.
  3. Biaqkan di muka selama 30 minit sebelum dicuci dengan ayaq untuk tengok hasilnya.

Pesanan khidmat masyarakat: AloeVera CikDyg beli dekat Guardian saja. Watsons pon ada. Jenama apa pon tak kisah. Kalau nak lagi elok, hampa guna aloevera yang fresh lagi baguih.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top