Ramadhan tiba, ramadhan tiba~ Haaa sebut pasal bulan Ramadhan, mesti pakat dah start pikiaq kat mana nak pi beli buah kurma, betui dak?
Kurma ni sebenaqnya bukan lah hidangan bulan puasa semata-mata. Kita boleh makan setiap hari tau sebab ia adalah makanan sunnah. Rugi tau kalau tak amalkan, banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan kita.
1. Otak Lebih Cerdas
Kurma mengandungi vitamin B6 yang terbukti meningkatkan fungsi kerja otak. Otak akan menjadi lebih alert dan bersedia untuk menerima info-info baru.
2. Memberikan Tenaga
Buah kurma mengandungi gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi. Gula sangat penting untuk memberikan tenaga harian.
Komponen dalam kurma jauh lebih sihat berbanding minum tenaga yang dah diproses dan juga suplemen lain. Buah kurma lebih bersifat semulajadi untuk membuatkan badan lebih bertenaga.3. Diet Sihat
Bagi individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan sangat digalakkan untuk makan kurma secara rutin. Pengambilan kurma dapat membuatkan kita mudah kenyang, sekaligus mengelakkan kita makan secara berlebihan. Sebab tu lah ramai individu yang hanya makan kurma sahaja ketika bersahur kerana ia sudah memadai.
4. Merawat Masalah Pencernaan
Kurma tinggi kandungan serat, oleh itu ia pengambilan secara konsisten akan membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengurangkan risiko kanser usus besar.
5. Menyihatkan Jantung
Buah kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi dan ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita sekaligus mengelakkan diri daripada penyakit strok dan serangan jantung.
Berikut pula antara manfaat-manfaat mengamalkan makan buah kurma sebagai makanan sunnah:
- Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Insya Allah..
- Jangan risau tentang kencing manis, jauhilah makanan manis yang lain. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
- Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
- Abu Abdillah as. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
- Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.