LAUK TERLEBIH MASIN? JOM CUBA TIPS MUDAH NI

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kalau masakan terkurang garam, boleh adjust tambah garam lagi…tapi kalau terlebih? Alamak! Kalau tambah air, nanti jadi tak best pulak cair semacam sebab dah tak balance dengan bahan-bahan lain kan. Jangan panik, jom CikDyg kongsikan cara paaaaling mudah nak kurangkan rasa masin dalam masakan anda.

Mudah saja caranya, gunakan kentang! Kentang dapat menyerap rasa masin tanpa menjejaskan rasa masakan anda. Caranya:

  1. Kupas sebiji kentang, potong dadu 4 bahagian.
  2. Masukkan ke dalam kuah gulai, sup atau masak lemak anda, biarkan sehingga mendidih.

Untuk masakan yang tidak berkuah pula, contohnya sambal.. Anda masih boleh menggunakan kentang juga, cuma caranya sedikit berbeza:

  1. Kupas sebiji kentang dan hiris.
  2. Goreng seketika hingga kekuningan.
  3. Masukkan ke dalam masakan anda di dalam kuali, dan masukkan sedikit air.
  4. Biarkan mendidih sekejap (beberapa minit), lepas tu angkat.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab